Samsung perkenal Galaxy S6 Edge versi Iron Man


Samsung kini telah memperkenalkan telefon pintar Galaxy S6 Edge versi Iron Man.

Warna utama bagi versi Iron Man ini adalah merah dan dihiasi dengan garisan emas dan logo Iron Man dibelakang.

Samsung juga turut mempamerkan video buka kotak Galaxy S6 Iron Man ini. Samsung juga mengunakan tema Iron Man pada aksesorinya. Ia juga didatangkan dengan pengecas tanpa wayar yang menyerupai Arc Reactor.

Di Malaysia, Galaxy S6 Edge versi Iron Man dijual dengan harga RM3099 bagi storan 32GB dan RM3599 bagi storan 64GB.

Ia dijual hanya di beberapa negara tepilih sahaja namun Samsung belum mengumumkan negara mana ia akan dijual.
 
Copyright © 2005 Tech Rawang - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info