Sekarang anda boleh pandu Range Rover menggunakan Smart Phone


Susah nak menyelit ke dalam ruang letak kereta? Jaguar Land Rover kini mempunyai jawapannya. Ia merupakan satu aplikasi untuk telefon pintar anda yang membolehkan anda memandu kereta anda dari telefon bimbit anda. Hidupkan enjinya, dan anda boleh mengawal pecutan, stereng dan brek, semua dari telefon pintar anda. Tetapi anda tidak akan melakukan apa-apa perubahan pada handbrake - kelajuan adalah terhad kepada hanya 4mph.

Buat masa ini, ia hanya sekadar prototaip sahaja. Idea ini boleh membantu anda keluar dari situasi yang sukar, seperti contoh jika tersekat di dalam ruang letak kereta yang sempit di mana anda tidak boleh melihat apa yang ada dari mana-mana arah, atau ketika anda perlu memandu di jalan yang tidak rata di dalam belukar tanpa melanggar cermin sisi anda pada pokok.

Anda hanya boleh mengawalnya pada jarak sejauh 10m, jadi anda tidak boleh memandunya ketika anda tengah lepak dikedai mamak. Peringatan: ini bukan lah alat mainan.

Konsep Range Rover Sport ini juga dilengkapi dengan 'multi-point turn' - pada dasarnya ia boleh melakukan satu pusingan tiga mata (atau lima mata, atau dua puluh mata) di mana sahaja anda berada, dengan menggunakan sensor, brek dan stereng. Anda hanya duduk dan tunggu sehingga ia selesai.

Ia merupakan satu lagi langkah ke arah kereta pandu sendiri yang telah kami nanti selama ini.


 
Copyright © 2005 Tech Rawang - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info