GoPro Hero4 Session kini lebih kecil, lebih lasak


Action cam ataupun kamera lasak merupakan gajet yang paling cool untuk dimiliki masa kini terutama sekali bagi penggiat sukan lasak.

Bagi memudahkan lagi pergerakan dalam merakam visual point of view (POV), GoPro mengeluarkan model baru Hero4 Session.

Kelebihan pada Hero4 Session adalah ia 50% lebih kecil, 40% lebih ringan dan juga kalis air tanpa perlu dipasang pada alat perlindungan yang lain.

Ia juga dilengkapi dua mikrofon, satu di depan dan satu lagi di bahagian belakang kamera.

Penggunaan mikrofon berubah secara dinamik bagi mengurangkan kesan bunyi angin yang terlalu kuat.

Bagaimanapun tiada format rakaman 4k bagi kamera lasak terbaru ini.

Saiz hero 4 session adalah 1.5 inci dengan berat lebih kurang 74 gram.

Memandangkan ia agak kecil, pengguna juga tidak boleh menukar mod rakaman pada kamera.

Segala perubahan pada settings perlu dilakukan dengan menghubungkannya dengan peranti mudah alih atau unit kawalan jauh wifi.

Ini bermakna pergantungan kepada wifi akan mempercepatkan penggunaan bateri.

Bagaimanapun rebiu yang dibuat Wired.com mendapati bateri pada Hero4 Session lebih tahan lama berbanding model Hero4 Silver.

Ini kerana kamera Hero4 Session dimatikan jika tiada rakaman dibuat.

Harga bagi sebuah Hero4 Session juga dipertikaikan kerana pada harga pasaran AS$399, ia hanya AS$100 lebih murah berbanding sebuah Hero4 Black Edition, kamera terbaik GoPro setakat ini.

Hero4 Session telah mula berada di pasaran sejak semalam 13 Julai.


 
Copyright © 2005 Tech Rawang - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info