Pantun Raya Berteknologi Tinggi


Benelli tnt ekzosnya dua,
Agusta F4 empatlah pula,
Mari bermaafan sesama kita,
Di pagi Aidilfitri yang mulia.


Akrapovic bunyinya lantang,
Tapi tak setanding termignoni,
Hari raya bakal menjelang,
Puasa ditinggal wajarlah ganti.


BMW HP4 seindah rupa,
Hebat lagi kuasa kudanya,
Kalau tuan tidak puasa,
Jangan nak bermegah berhari raya


Superbike banyak jenisnya,
R25 jugak yg pompuan suka,
Jangan hanya bersalam saja,
Duit raya dan angpau turutlah serta.


Side mirror indah ditenung,
Bagi bikers yg tahap skema,
Bila memandu pulang ke kampung,
Berhati-hatilah di jalan raya.


Aprillia RSV4 memanglah hebat,
Hendak wheelie memang tak kuat,
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai msg pun kira ok what?


Honda goldwing gagah perkasa,
Sesuai untuk yg dah berusia,
Maaf andai terkasar bahasa,
Saya ucapkan Selamat Hari Raya

 
Copyright © 2005 Tech Rawang - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info